
KUALA LUMPUR: Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dengan jaminan petang ini selepas empat hari dalam tahanan reman.
Wartawan yang ditahan atas dakwaan menerima rasuah pada Jumaat lalu, keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 3 petang.
Difahamkan, suspek dibebaskan dengan jaminan RM10,000.
Dia ditahan SPRM berhubung dakwaan menerima RM20,000 daripada seorang ejen yang berurusan dengan pekerja asing, sebagai pertukaran untuk tidak menerbitkan dua artikel yang mendedahkan kartel tersebut dalam portal berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.