KLANG: Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) terus menjadi tumpuan media apabila jenazah seorang mangsa nahas pesawat ringan dijangka diserahkan kepada waris hari ini.
Kelihatan ialah van jenazah milik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai bagi membawa jenazah Allahyarham ke Sidam, Sungai Petani, Kedah. pic.twitter.com/jyQXcx7Da8
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 19, 2023
Tinjauan Buletin TV3 mendapati kenderaan polis memasuki pintu utama jabatan itu dengan dikawal ketat pengawal keselamatan.
Artikel berkaitan: Nahas Elmina: Menteri Pengangkutan ziarah keluarga pemandu e-hailing
Waris dan keluarga penghantar makanan, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 dilihat tiba di perkarangan Jabatan Forensik HTAR kira-kira jam 8.15 pagi tadi.
Turut kelihatan ialah van jenazah milik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai bagi membawa jenazah Allahyarham ke Sidam, Sungai Petani, Kedah.
Artikel berkaitan: Nahas Elmina: Rakan-rakan Allahyarham Muhamad Hafiz berkonvoi iring jenazah ke Kedah
Tinjauan juga mendapati, beberapa kenderaan pengiring milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga berada di Jabatan Forensik.
Dijangkakan satu sidang media akan dibuat Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan proses bedah siasat dan pengecaman kesemua 10 mangsa nahas itu dijangka siap seawal Isnin depan.
Ini termasuklah pengesanan identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu mengambil masa kerana Jabatan Kimia harus membuat pengecaman cebisan anggota badan mangsa.
Nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam, kelmarin mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.