comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga SK Pulau Aman terima bot baharu dari KPM

BATU KAWAN: Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sebuah bot kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, di sini untuk memudahkan guru dan murid berulang alik ke sekolah.

Majlis penyerahan bot bernilai RM218,000 itu disempurnakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu program ringkas hari ini.

Fadhlina berkata, bot lama SK Pulau Aman telah mengalami kerosakan dan menjadi inisiatif pihak KPM dalam memastikan kebajikan dan keselamatan murid serta guru terjaga.

“Setahun yang lalu Guru Besar sekolah ini telah bertemu dengan saya dan menyatakan hasrat (penggantian bot untuk kegunaan murid serta guru).

“Hari ini kita telah pun menunaikan hasrat khususnya untuk memastikan isu-isu akses pendidikan di Pulau Aman ini dapat kita terjemahkan dalam konteks memastikantiada siapa yang terpinggir,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bot Baharu dan Lawatan ke SK Pulau Aman.

Hadir sama, Ketua Pengarah KPM Azman Adnan dan Pengarah JPN Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan.

Jelasnya,SK Pulau Aman adalah satu-satunya sekolah di Pulau Pinang yang menggunakan medium pengangkutan air bagi pergerakan guru dan murid.

Sekolah itu mempunyai 26 pelajar namun hanya enam murid termasuk tujuh guru berulang alik pergi dan pulang sekolah setiap hari menggunakan bot.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM juga akan memperluaskan insiatif sama khususnya di kawasan -kawasan pulau yang mempunyai sekolah yang menggunakan medium pengangkutan air.

“Dengan adanya inisiatif pemberian bot membuktikan komitmen KPM dalam memastikan semua sekolah mendapat akses terbaik khususnya berkaitan dengan kemudahan logistik.

“Jadi, inisiatifini memang kita telah perluaskan ke tempat-tempat yang laindan melihat pada kapasiti khususnya pulau-pulau yang adasekolah dan guru kita,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini