comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga Pakistan sewa rumah mewah, elak dikesan pihak berkuasa

Foto: JIM Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Sekumpulan warga Pakistan sanggup menyewa rumah mewah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Taktik itu bagaimanapun dapat dihidu dan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang semalam.

Berikutan itu, empat lelaki berusia 30 hingga 45 tahun ditahan kerana didapati tinggal lebih masa dan tiada pas perjalanan yang sah.

“Siasatan mendapati mereka menyewa kediaman itu pada kadar RM1,200 sebulan dan beranggapan tindakan penguatkuasaan hanya akan dilakukan di kawasan perumahan biasa serta rumah kongsi.

“Pihak imigresen akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemilik kediaman dan tindakan selaras peruntukan undang-undang akan diambil,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, pihaknya turut menahan enam warga Myanmar berusia 25 hingga 35 tahun yang juga pekerja kedai makan di Paya Terubong, Georgetown.

Menurutnya, semakan mendapati masing-masing tidak memiliki pas yang sah.

“Semasa pemeriksaan dijalankan terdapat cubaan melarikan diri, namun kesiapsiagaan anggota operasi berjaya menahan warga asing terbabit.

“Kesemua tangkapan dibawa ke depot imigresen bagi tindakan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini