Tumpuan :
Nasional

Warga IPD Mersing tawan puncak Gunung Arong sempena bulan kemerdekaan

MERSING: Kira-kira 100 warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah bersama kakitangan Pejabat Daerah Mersing berjaya menawan puncak Gunung Arong sempena Ekspedisi Arong Merdeka 2024.

Program yang turut disertai wakil pelbagai agensi itu dilancar oleh Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah.

Turut serta Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani.

Gunung Arong mempunyai ketinggian 240 meter dari aras laut dan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai ke puncak.

Peserta kemudian mengibarkan jalur gemilang di puncak meneruskan perjalanan turun melalui laluan yang menguji kekuatan mental dan fizikal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini