comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga Filipina dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di perairan Pulau Balambangan

JBPM menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga Filipina yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Balambangan, hari ini.

Oleh Safwan Sawi

KUDAT: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Balambangan, di sini, kelmarin.

Mangsa warga Filipina, 23 tahun disedari hilang pada 8 Oktober lalu sebelum laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, berdasarkan laporan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, pada jam 8.05 pagi.

“Menurut pengadu, mangsa disedari hilang pada 8 Oktober semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan.

“Pasukan Bomba bergerak ke IPD Kudat untuk mendapatkan maklumat seterusnya ke lokasi mangsa dikhuatiri lemas menaiki bot Marin untuk menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR),” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Pasukan bomba bersama agensi lain menjalankan operasi SAR di perairan Pulau Balambangan  Kudat dengan radius pencarian 8 batu nautika persegi.

“Mangsa belum dijumpai dan operasi SAR ditangguhkan pada 3.40 petang dan akan disambung esok,” kata kenyataan itu lagi.

Maklumat berkenaan kejadian akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini