comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas rentung, rumah musnah 80% dijilat api

BUKIT GAMBIR: Seorang warga emas rentung dalam satu kebakaran yang berlaku di Lot 1605, Kampung Sungai Pilah, di sini, pagi tadi

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor, mereka yang menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah pada jam 6:16 pagi.

Satu pasukan daripada BBP Bukit Gambir dan BBP Tangkak dengan kekuatan keseluruhan seramai enam belas orang anggota diketuai Penolong Penguasa Bomba Rafiah Binti Aziz telah dihantar ke tempat kejadian.

Setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal telah musnah 80 peratus dijilat api.

Dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa iaitu warga emas lelaki berusia 81 tahun ditemui rentung di bahagian dapur dan mangsa telah disahkan oleh pihak KKM yang turut hadir di lokasi kejadian.

Operasi pemadaman terkawal pada jam lebih kurang 6:54 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini