IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Lasi di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.46 malam sebelum jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Beliau berkata kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang dijilat api kira-kira 90 peratus.
“Terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan tersebut. Operasi pemadaman tamat pada 2 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.