comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Warga emas rentung dalam kebakaran

Enam buah rumah di Jalan Bagan Ikan terbakar pagi tadi. – FOTO: Ihsan PDRM

BAGAN DATUK: Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Bagan Air, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Ong Chock Seng, 80, berdepan kesukaran menyelamatkan diri kerana menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian melalui panggilan kecemasan MERS 999 jam pada jam 6.45 pagi.

“Kebakaran membabitkan enam buah rumah. Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dibantu BBP Teluk Intan mengambil masa tiga jam bagi memadamkan kebakaran.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

“Jumlah kerugian masih belum dapat ditafsirkan kerana kesemua pemilik rumah terbabit belum membuat laporan polis,” kata Ahmad Adnan dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Loading...
Terkini