Tumpuan :
Nasional

Warga emas pandu lawan arus di LEKAS ditahan

Warga emas dipercayai ada masalah lupa memandu melawan arus di Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas) pagi tadi ditahan polis selepas menyerah diri. – Foto Ihsan Polis.

NILAI: Seorang lelaki yang tular kerana memandu secara melawan arus di Kilometer 18 hingga 20 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) ditahan polis selepas menyerah diri, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 3 minit 19 saat yang memaparkan kereta Perodua Axia berwarna kelabu dipandu di lorong paling kanan menghala ke Kajang.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai mengesan pemilik kereta itu sebelum meminta pemandu hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku membabitkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 72 tahun dipercayai untuk tujuan pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati lelaki ini dipercayai mempunyai masalah lupa dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan Seremban.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor B Sharveen Raj Balachandran di talian 011-26176424,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini