comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut motosikal terbabas, tercampak 16 meter

FOTO: Ihsan IPD Penampang

Oleh: Safwan Sawi

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan tercampak sejauh 16 meter di Kilometer 34 Jalan Kota Kinabalu – Papar, berhampiran lampu isyarat Sabindo, di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 pagi, menyebabkan mangsa warga tempatan berusia 75 tahun parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak sejauh 16 meter dari jarak kedudukan motosikal.

FOTO: Ihsan IPD Penampang

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

Sammy turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini