comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut melecur, kereta dipandu terbakar

Foto ihsan bomba

SERDANG: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas melecur 90 peratus apabila kereta Perodua Kancil dipandunya terbakar di Jalan BS 9 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.39 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil terbakar 90 peratus dan seorang lelaki warga emas berusia 80-an melecur 90 peratus.

“Mangsa diserahkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini