KUCHING: Seorang warga emas maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri berdekatan persimpangan lampu isyarat di jalan Kulas Satok di sini, tengahari semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ketika kejadian kenderaan jenis Perodua Axia dipandu mangsa, warga Asing berusia 70-an hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu dan pokok di pembahagi jalan terbabit.
“Mangsa mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 1.45 petang ketika menerima rawatan.
“Seorang lagi mangsa iaitu penumpang merupakan isteri kepada mangsa pertama turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital sama,” katanya menerusi satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil kepada Pengawai Penyiasat Trafik, Inspektor Shazwina Alfera Ah Yit @ Suaip di talian 016-7433078 / 082-259900 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.