comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut, isteri cedera dalam kemalangan

FOTO: PDRM

SUBANG JAYA: Seorang lelaki warga emas maut, manakala isterinya cedera selepas kereta jenis Toyota Altis dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Persiaran Tujuan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 10.43 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta dipandu mangsa warga tempatan berusia 76 tahun bersama penumpang yang juga isterinya berusia 74 tahun hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pengadang jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian, manakala isterinya tersepit di dalam kereta dan berjaya diselamatkan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke USJ 2, di sini dari Shah Alam.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

“Isterinya turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ngo Su Siao di 0169231558,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini