comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut dirempuh kereta selepas tukar haluan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Lebuhraya Salak, Cheras, di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata warga emas berusia 64 tahun itu menunggang di kiri jalan di sebuah persimpangan sebelum mengubah haluan.

“Mangsa dikatakan mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar kereta dipandu seorang wanita berusia 24 tahun.

“Mangsa yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan dari HUKM,” katanya di sini, malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rakaman video dirakam dari papan pemuka kereta yang terbabit dalam kemalangan tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman video itu, warga emas terbabit terseret ke penghadang jalan selepas dilanggar kereta terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini