Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut digilis lori selepas solat Asar

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas yang baharu selesai menunaikan solat Asar di Masjid Baru Enam di Kuala Nerus maut digilis lori.

Kejadian berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa terbabit dalam kemalangan di atas jambatan Batu Enam , Kuala Nerus, 5.30 petang tadi.

Mangsa Jusoh Idris, 74 tahun yang dalam perjalanan pulang dari masjid ke rumahnya di Kampung Buluh Gading maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Lori tersebut yang menghala ke arah bandar Kuala Terengganu dipercayai bergesel dengan motosikal mangsa yang bergerak pada hala yang sama.

Mangsa jatuh sebelum digilis oleh tayar belakang sebelah kiri lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Sementara itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Loading...
Terkini