Tumpuan :
Nasional

Warga emas lemas ketika menjala ikan di sungai 

Foto hiasan

Oleh: Selwam Arjunan

PENDANG: Seorang lelaki lemas ketika melakukan aktiviti menjala ikan di Sungai Belakang Mada di Kampung Kobah, di sini, pagi tadi.

Mangsa, lelaki berusia 63 tahun berasal dari Kampung Bukit Jambul, Pendang.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Roslan Mat berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung kejadian lemas di sungai berkenaan kira-kira jam 11.20 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa ke tempat kejadian pada jam 9 pagi.

“Menurut saksi di tempat kejadian, ketika mangsa sedang menjala, jalanya telah tersangkut dan mangsa telah turun ke dalam air untuk menarik jala keluar.

“Pada masa itu, arus air kuat telah tarik mangsa masuk ke dalam terowong air di lokasi tersebut. Mangsa telah ditemui terapung di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

Mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan berwaspada di musim banjir.

“Utamakan keselamatan diri serta keluarga dan sebolehnya elakkan daripada menghampiri kawasan-kawasan banjir dan sungai,” tambahnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini