Tumpuan :
Nasional

Warga emas jatuh sungai dikhuatiri lemas

Foto hiasan

KAPIT: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada perahu di Sungai Benatu, Punan Bah, Belaga ketika dalam perjalanan mencari durian, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kejadian itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 7.30 pagi namun pihaknya dimaklumkan pada 1.10 tengah hari.

Mangsa dikenali sebagai Micheal Sait Lanyau, 60, hilang dibawa arus sungai.

“Terdapat orang kampung menyaksikan kejadian tidak jauh dari lokasi kejadian. Usaha mencari mangsa sedang dilakukan penduduk kampung dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan JBPM Sarawak hari ini.

Menurut kenyataan itu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dengan kekuatan empat anggota menaiki kenderaan pacuan empat roda telah digerakkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa perjalanan selama tiga jam.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini