Tumpuan :
Nasional

Warga emas jatuh perahu ditemukan lemas

KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas pagi tadi selepas terjatuh ke dalam sungai di Nanga Lesih, Rumah Jelani Bukong Jagoi pada Ahad lalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, mayat mangsa, Tinggi Melintang, 92, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat jam 8.50 pagi pada jarak 300 meter daripada Pos Kawalan bomba.

Dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, mangsa yang dalam perjalanan pulang berseorangan menyeberang Sungai Kanowit dilaporkan tergelindir dan terjatuh daripada perahunya.

” Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi untuk mengambil maklumat dan melakukan operasi pencarian mangsa pada hari kejadian.

“Bagaimanapun usaha pencarian yang menggunakan dua buah perahu bersama beberapa penduduk rumah panjang hanya dapat dilakukan selama 45 minit sahaja memandangkan keadaan agak gelap di lokasi terbabit ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dibawa ke pos kawalan bomba bagi tujuan pengecaman sebelum diserahkan kepada polis.

Loading...
Terkini