Tumpuan :
Nasional

Warga emas jatuh dalam sungai di Rompin ditemui lemas

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai di jeti Kampung Menchali, Kuala Rompin, Rompin, semalam, ditemui lemas, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Salahuddin Isa berkata, mayat Saari Awang, 67, dari Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Rompin, ditemukan orang awam pada 7.45 pagi.

Mangsa dijumpai terapung pada jarak kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan laporan, mangsa dikatakan ke lokasi terbabit untuk memancing sebelum disyaki terjatuh ke sungai.

Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu 2 pagi semalam, sebelum operasi pencarian digerakkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini