Tumpuan :
Nasional

Warga emas ditemui mati dalam kereta berkunci

Lelaki berusia 69 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta berkunci sebelum disahkan meninggal dunia. – FOTO: Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta yang berkunci di Taman Sinar di sini, pagi ini.

Mangsa berusia 69 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menerima panggilan pada jam 10.03 pagi melalui MERS999.

Sebuah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di tempat kejadian jam 10.11 pagi selepas menempuh jarak 6.2 kilometer.

Menggunakan peralatan khas, pasukan itu berjaya membuka pintu kereta berkenaan.

Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini