JOHOR BAHRU: Seorang warga emas ditemui lemas selepas keluar memancing di Kampung Nelayan Kong-Kong Laut, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Abdul Latif Mahmud, 61 tahun dilaporkan hilang selepas keluar memancing.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat gerakan operasi jabatan bomba dan penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian terus ke balai pada jam 9:50 pagi.
Mangsa dengan alamat terakhir di Kampung Kong Kong Laut, Masai gagal dihubungi selepas keluar memancing pagi tadi.
Bertindak atas maklumat itu, 8 anggota dihantar ke tempat kejadian diketuai Penolong Penguasa Bomba, Sarhan Akmal Mohamad.
Pasukan mencari dan menyelamat telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan
dipercayai mangsa hilang dengan menggunakan sebuah bot milik orang awam.
Mangsa telah ditemui tersangkut di akar paya bakau oleh orang awam kira-kira 1 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas tengahari tadi.
Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut