Tumpuan :
Nasional

Warga emas dilapor hilang ketika ke kebun ditemui meninggal dunia

Lelaki warga emas, Rampai Jeti yang dilaporkan hilang selepas pergi ke kebunnya semalam ditemui meninggal dunia kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas pergi ke kebunnya semalam ditemui meninggal dunia kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Geralan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa, Rampai Jeti, 71 dari Rumah Nugu Kerubong,Jalan Selalang di sini, ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang petang semalam.

“Setibanya di Pusat Kawalan Bomba untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua, Komander Operasi telah dimaklum oleh pihak Polis bahawa mangsa telah dijumpai oleh orang awam lebih kurang pada jam 7.00 pagi di dalam sungai dalam laluan ke kebun mangsa.

“Pasukan SAR kemudian bertindak pergi ke lokasi mayat mangsa bagi mengambil dan membawa keluar dari hutan terbabit untuk di serahkan kepada pihak polis,” katanya.

Dalam kejadian semalam, mangsa telah pergi ke kebunnya seorang diri sekitar jam 8.00 pagi namum tidak pulang ke rumahnya pada sebelah petangnya.

Keadaan itu seterusnya membuat anak saudara mangsa pergi ke kebun terbabit namun masih gagal menemui kelibat mangsa di kebun itu sekaligus menjurus kepada laporan kehilangan mangsa dibuat.

Ketika laporan dibuat anak saudara mansa memaklumkan bapa saudaranya itu berkemungkinan hilang dan dikhuatiri lemas di anak sungai berhampiran kebun milik mangsa.

Bagaimanapun, Operasi SAR yang diaktifkan sekitar jak 7.00 malam semalam terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca gelap sebelum di sambung semula awal pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini