
TENOM: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Binai, Kampung Binai, di sini, petang tadi.
Mangsa lelaki berusia 71 tahun itu dilaporkan terjun dari jambatan berkenaan ke dalam sungai, kira-kira jam 3.30 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba, Mudi Pangiran berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat jam 3.39 petang.
Katanya, seramai 11 anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara water surface menggunakan bot penyelamat.
“Mangsa belum berjaya ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 6.18 petang tadi.
“Operasi SAR akan disambung semula pada hari esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.