comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas cedera, kereta rempuh klinik

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas cedera selepas keretanya terbabas dan merempuh sebuah klinik di Taipan 2, Inanam, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 84 tahun yang luka di lengan kanan diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital oleh keluarganya sendiri.

Kejadian itu turut menyebabkan bahagian hadapan klinik rosak namun tidak membabitkan mangsa lain di dalam klinik berkenaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 petang.

Foto ihsan bomba

 

“Sebaik tiba di lokasi didapati sebuah kereta jenis Proton X50 telah terbabas sendiri fan melanggar sebuah klinik.

“Terdapat dua mangsa terbabit dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, seorang mangsa cedera ringan manakala seorang penumpang wanita berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian dan dihantar ke hospital oleh keluarga mangsa sendiri.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan kira-kira 4 petang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini