comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas bina titi 100m sebagai persiapan banjir

Titi sepanjang hampir 100 meter (m) yang dibina penduduk untuk keluar ke jalan utama ketika banjir di Kampung Lubok Gong Hilir, Rantau Panjang. – FOTO: NSTP

RANTAU PANJANG: Seorang warga emas membina titi hampir 100 meter (m) berhampiran rumah sebagai persediaan banjir di Kampung Lubok Gong Hilir, di sini.

Rosdi Abdullah, 62, berkata, dia mula membina titi itu menggunakan perancah dan papan sejak dua minggu lalu memandangkan hampir setiap tahun rumahnya dilanda banjir dengan paras air melebihi dua meter.

Katanya, titi itu menghubungkan tingkat atas rumahnya ke jalan utama, dan ia dibina dengan kemas supaya selamat digunakan.

“Titi ini sangat penting ketika banjir kerana memudahkan kami keluar ke jalan utama, senang untuk saya keluar membeli barangan keperluan ataupun ke surau.

Titi sepanjang hampir 100 meter yang dibina dengan perancah dan papan dibina seorang warga emas, Rosdi Abdullah, 62, sebagai persediaan banjir bagi memudahkan mereka berpindah ketika musim banjir. – FOTO: NSTP

“Tambahan pula, banjir di kawasan rumah saya biasanya mengambil masa yang lama untuk surut, malah ada masanya banjir termenung melanda selama lebih sebulan,” katanya ditemui semalam.

Bagaimanapun, jika banjir besar melanda jalan di hadapan kediamannya juga akan dinaiki air sekali gus turut menenggelamkan titi dan mereka sekeluarga terpaksa menggunakan perahu untuk keluar.

“Biasanya, titi akan digunakan untuk mengangkat barangan, namun jika air banjir semakin bertambah titi ini turut tenggelam dan kami akan berpindah ke pusat pemindahan sementara berdekatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini