comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas 67 tahun maut dihempap pokok

RANAU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok di kebunnya di Kampung Tarawas, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku ketika Yambun Godsung, 67, dikatakan memotong pokok di kebun, dengan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib, berkata sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk membantu sebaik menerima panggilan jam 1.16 tengah hari.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini