comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga China cedera dakwa dibelasah pemandu Grab

KUANTAN: Seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) warga China mendakwa cedera diserang pemandu Grab di pekarangan sebuah hotel ketika datang bercuti di bandar raya ini.

Mangsa mahu dikenali Yuan, 22, mendakwa kejadian dipercayai berlaku kerana cara beliau menutup pintu kereta dinaiki.

Menurutnya, ketika kejadian beliau dan seorang rakannya menggunakan perkhidmatan Grab dari Menara 188 ke hotel penginapannya di Kuantan kira-kira-kira jam 6:20 petang, Ahad lalu.

Katanya, sebaik tiba di hotel dan keluar dan menutup pintu kereta, pemandu Grab terbabit terus menyerang beliau.

“Selepas kami turun kereta itu tiba-tiba lelaki itu pemandu grab itu tiba-tiba mengamuk,”

“Pemandu lelaki terbabit keluar dari kereta dan mengambil objek keras dan terus menyerang saya sambil bercakap dalam bahasa Melayu,”

“Saya kebingungan kenapa diserang dan akibat kejadian itu jari tangan kanan retak, lebam di tangan dan muka.” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Teruntum, Sim Chon Siang, di sini, hari ini.

Menurut Yuan, selepas kejadian itu beliau menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali bercakap dalam bahasa  Melayu.

Katanya, beliau mensyaki panggilan telefon itu dibuat pemandu Grab terbabit untuk mengesahkan nombor telefon bimbitnya digunakan ketika membuat tempahan kenderaan itu.

“Susulan kejadian itu, saya pulang ke Kuala Lumpur mendapat rawatan seterusnya  ke Kedutaan China untuk mendapat nasihat dan diminta membuat laporan polis,”

Yuan berkata, beliau kembali ke Kuantan semalam dan membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, awal pagi tadi.

Pada sidang media sama, Chon Siang yang juga Exco Pahang mahu polis menyiasat kes itu kerana kejadian membabit Warga China itu boleh mencemarkan nama baik sektor pelancongan negara.

Loading...
Terkini