comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Warga asing ditahan kes bunuh di Genting Highlands

 

KUALA LUMPUR : Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands, semalam.

Ketua Polis Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa ditemukan mati di dalam bilik hotel kira-kira jam 9 pagi.

Suspek berumur 45 tahun  ditahan di kawasan berdekatan hotel terbabit pada hari sama.

Siasatan awal mendapati terdapat kesan pergelutan pada tubuh mangsa.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
“Mangsa berumur 51 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai 23 rekod kes jenayah lampau termasuk dadah.

Keputusan bedah siasat dijangka diperoleh lewat petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata suspek direman  tujuh hari bermula hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini