comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita ulang perbuatan keji, tinggalkan anak yang dilahirkan di hopsital

Dharwin ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan di HSA. – FOTO : Ihsan JKM

JOHOR BAHRU: Seorang wanita tergamak mengulangi perbuatan keji dengan meninggalkan bayi yang dilahirkannya di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Wanita berusia 27 tahun itu didakwa pernah melakukan perbuatan sama pada pertengahan tahun lalu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, tanpa berfikir panjang, wanita warga tempatan itu menghilangkan diri selepas meninggalkan bayi lelakinya.

Beliau berkata, bayi lelaki itu dinamakan sebagai Dharwin dilahirkan pada 17 Mac lalu di HSA.

Menurutnya, mengikut maklumat, wanita berkenaan bertindak meninggalkan bayi itu di Wad A4 hospital terbabit.

“Wanita itu pernah melakukan perbuatan sama apabila meninggalkan bayi lelaki yang dinamakan sebagai Damian di hospital selepas dilahirkan pada pertengahan tahun lalu.

“Akibat perbuatannya, masa depan Damian menjadi tanda tanya dan kini adiknya ditimpa nasib sama.

“Ibu mereka gagal tampil membincangkan masa depan kedua-duanya sehingga kini,” katanya.

Adnan berkata, Dharwin kini di bawah jagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehingga JKM mengurus permohonan sijil kelahiran manakala Damian berada di bawah jagaan JKM selama tiga bulan dan kini di bawah jagaan orang layak serta sesuai.

Menurutnya, pihaknya berharap wanita berkenaan dikenali sebagai M Yugesshini yang berasal dari Negeri Sembilan atau warisnya tampil membincangkan masa depan dua-dua bayi berkenaan.

“Perbuatan wanita itu menimbulkan kesulitan bagi permohonan sijil kelahiran selain dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan dua beradik itu.

“Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu kandung atau waris bayi itu diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Loading...
Terkini