comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita parah dihempap kayu balak: Pemandu lori tiada lesen memandu


GUA MUSANG: Pemandu lori balak terbabit nahas di Persimpangan Bendahara, di sini, kelmarin yang menyebabkan seorang wanita parah dirempuh kayu balak tergolek dari kenderaan itu, disahkan tiada lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata saman turut dikeluarkan kepada pemilik lori kerana membenarkan kenderaan berkenaan dipandu individu tiada lesen memandu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerna memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kejadian dipercayai kira-kira jam 11.20 pagi Selasa lalu yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan lain menyebabkan Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, parah dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ).

Wanita berkenaan dilaporkan patah bahagian tulang punggung dan tulang rusuk akibat dirempuh kayu balak bergolek dari lori terbabit ketika melalui selekoh, dipercayai akibat turn table pada lori yang patah.

Ketika kejadian, Siti Norelyana yang juga mengalami kecederaan teruk pada bahagian hati, limpa, hempedu dan usus, menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Utama Gua Musang.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini