comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut selepas motosikal terbabas rempuh tembok batu

Foto hiasan

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Seorang wanita maut dalam satu kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan merempuh tembok batu di Pantai Remis, dekat Manjung.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam satu kenyataan memaklumkan Mangsa, Wong Siew Lee, 46 terlibat dalam kemalangan itu sekitar jam 10 pagi di Jalan SKN Pekan Lama.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dari arah Tokong Sian Tian San menghala ke arah pelantar. Mangsa dipercayai hilang kawalan akibat tongkat motosikal jenis Honda Vario yang ditungganginya bergesel dengan batu penghadang jalan.”

“Akibat dari keadaan itu, mangsa hilang kawalan lalu terbabas. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini