JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 61 tahun meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang di kawasan parkir sebuah hotel, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, wanita tempatan terbabit hilang kawalan sebelum keretanya melanggar tiang di tingkat tiga bangunan berkenaan.
“Akibat insiden itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.
Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah sakit ‘tiga serangkai’.
Pada masa sama, Raub memohon orang awam yang melihat kejadian itu supaya tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau menghubungi Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.