comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut kereta dipandu bertembung lori 5 tan

Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dengan kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Simpang Renggam di Kluang Johor. – FOTO: JBPM

KLUANG: Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dengan kemalangan dengan sebuah lori lima tan dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Simpang Renggam di sini.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Muhammad Nizar Ma’mun daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada jam 7.33 malam.

“Susulan itu seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Hyundai Atos dipandu gadis berkenaan, Tasnim Nazatul Amiera Mohd Nasrun berusia 21 tahun dengan sebuah lori Hino lima tan,” katanya ketika dihubungi.

FOTO: JBPM

Beliau berkata, kemalangan berkenaan menyebabkan gadis berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang cedera dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Sementara pemandu lori berkenaan katanya, Mohd Suhaimi Samsudin, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tersebut ditamatkan pada jam 9.42 malam

Loading...
Terkini