comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut dipukul, ditikam suami depan anak

Seorang wanita maut selepas dipercayai dipukul dan ditikam dalam kejadian di rumahnya di Kampung Simee hari ini. – FOTO: NSTP

IPOH: Bermula dengan pertengkaran, seorang wanita akhirnya maut selepas dipukul dan ditikam dipercayai oleh suaminya di sebuah rumah di Kampung Simee, hari ini.

Paling tragis, pertengkaran antara suami isteri itu yang disaksikan oleh anak perempuan mereka berusia 12 tahun.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya berusia 56 tahun sebelum suspek memukul mangsa di kepala dan menikamnya beberapa kali.

Kejadian jam 8.30 pagi itu dikatakan berlaku apabila pasangan itu baru tiba di rumah selepas bersarapan di luar.

Difahamkan wanita itu sebelum ini sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga berdasarkan maklumat ahli keluarga kepada wartawan.

Ketibaan wartawan di lokasi kejadian jam 11.02 pagi mendapati orang ramai termasuk ahli keluarga terdekat mangsa berkerumun sekitar kawasan kejadian dengan anggota polis turut dilihat membawa mayat ke dalam trak.

Difahamkan suspek sudah ditahan polis di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Tunggu laporan penuh dari Ipoh (Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini