comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut, 2 parah, kereta bertembung lori sayur

IPOH: Seorang wanita maut manakala dua lagi ahli keluarganya cedera parah dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat sini petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 3.29 petang.

Nahas melibatkan sebuah Honda City  dengan sebuah lori 3 tan yang membawa muatan sayur berhampiran Sekolah Kebangsaan Pos Raya.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi mendapati tiga mangsa terperangkap di dalam kereta mereka.

Seorang penumpang wanita disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan hospital.

Manakala dua lagi mangsa cedera parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini