comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita kritikal dalam kebakaran bilik sewa meninggal dunia 

FOTO: NSTP

MELAKA: Seorang wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini Khamis lepas, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Azliha Ngah Ariffin, 40, yang beralamat di Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak meninggal dunia pada 12.44 tengah hari tadi.

“Mayat kini dalam proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lepas, dua kanak-kanak perempuan dipercayai adik-beradik meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa berkenaan.

Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama ibu mereka, Azliha, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini