Tumpuan :
Nasional

Wanita Jepun maut jatuh dari tingkat 4 sah isteri pempengaruh – KP Selangor

Ketua Polis Selangor, Datuk Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan pada sidang media di Shah Alam, hari ini. Omar Khan pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SHAH ALAM: Polis mengesahkan wanita warga Jepun yang ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium di SS16, merupakan isteri kepada usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Ridzokumura.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan ketika sidang medianya hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan kes setakat ini masih lagi diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, sudah memanggil suami mangsa untuk proses keterangan.

“Bila kita siasat bawah mati mengejut, kita akan lihat semua perkara. Kita akan tetap lihat sebarang unsur jenayah sama ada tindakan mangsa atau sebagainya.

“Kalau ada kesan unsur jenayah baru kita klasifikasikan semula bawah kesalahan jenayah. Apabila siasat bawah mati megejut tidak bermakna kita ketepikan unsur jenayah,” katanya.

Mengulas lanjut, kematian isteri kepada pempengaruh itu juga telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan Jepun serta keluarga mangsa di sana.

Beliau dalam masa sama menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Jumaat lalu, mangsa Akiko Okumura, berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Isteri kepada pempengaruh dan usahawan atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib dikatakan telah menetap di Malaysia selama 14 tahun.

Kematian Akiko turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial khususnya hantaran yang dimuat naik suaminya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini