Tumpuan :
Nasional

Wanita Indonesia parah ditikam teman lelaki Rohingya

Foto hiasan

JEMPOL: Seorang wanita warga Indonesia parah ditikam teman lelakinya di sebuah rumah di Taman ACBE petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika wanita berusia lingkungan 40-an itu bergaduh dengan teman lelakinya yang juga etnik Rohingya, selepas mangsa menyatakan hasrat untuk pulang ke Indonesia.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata suspek tidak bersetuju dengan hasrat mangsa sebelum memukul dan menikam teman wanitanya menggunakan pisau.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera pada muka, bahu kiri dan perut sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut.

“Sehingga kini polis sedang memburu teman lelaki mangsa yang melarikan diri menggunakan motosikal jenis SM Sport 110R nombor pendaftaran NDL 8309 sejurus kejadian itu,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini