Tumpuan :
Nasional

Wanita Indonesia maut dalam kebakaran

Foto: Bomba KL

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Perumahan Awam Sri Terengganu, Jalan Sentul, awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditemui meninggal dunia di dalam bilik air kediaman berkenaan.

Komander Operasi Kanan Penguasa Bomba E Yogeswaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12:38 pagi.

Susulan itu, seramai 20 anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Titiwangsa serta BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal di tingkat 10 bangunan berkenaan.

“Api berjaya dikawal pada jam 1.30 pagi dengan anggaran kemusnahan adalah 90 peratus” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, wanita warga Indonesia berkenaan dijumpai di dalam bilik air dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini