comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita ditemukan meninggal dunia atas sejadah

Wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumah yang berkunci di Taman Inang, Alor Setar. – FOTO: Ihsan BBP Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di atas sejadah dalam rumahnya di Taman Inang, di sini hari ini.

Wanita berusia 59 tahun itu dipercayai terperangkap dalam rumah yang berkunci dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden mangsa terperangkap dalam rumah pada jam 8.46 malam.

FOTO: Ihsan BBP Alor Setar

Beliau berkata sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Md Esa tiba di lokasi bersama 11 anggota tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dalam rumah berkenaan dalam tidak sedarkan diri dan tindakan anggota Bomba adalah dengan memecahkan pintu menggunakan peralatan khas.”

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Ahmad Naufal berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini