comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Wanita disyaki simbah asid ke arah suami isteri, didakwa esok

KUALA LUMPUR: Suspek yang disyaki menyimbah asid kepada pasangan suami isteri dan anak mereka di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini akan didakwa di mahkamah esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, wanita berusia lingkungan 60-an akan didakwa di Mahkamah Selayang.

“Suspek akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

9 Julai lalu, wanita terbabit ditahan dalam serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang.

Tangkapan terbabit dilakukan selepas video suspek menyimbah asid tular di media sosial.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.

Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.

Loading...
Terkini