comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita diselamat APM selepas terperangkap dalam kejadian kepala air

Foto: Ihsan pembaca

BALING: Seorang wanita diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Bayu, Asam Jawa di sini hari ini.

Ketika kejadian mangsa yang berusia 22 tahun itu sedang mandi manda di kawasan Lata Bayu itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz berkata, kejadian kepala air itu berlaku jam 4.30 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang.

Beliau berkata, sembilan anggota APM Baling bersama dua buah ambulan tiba di lokasi untuk membantu mangsa.

“Mangsa, Nur Aliyana Naiza Abdul Halim, 22, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu kemudian dihantar ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan.

“Sehubungan itu, APM baling menasihatkan orang awam yang ingin melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun supaya sentiasa berhati-hati dan segera meninggalkan kawasan itu jika mendapati terdapat tanda tanda kepala air di situ,” katanya.

Loading...
Terkini