comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita direman 5 hari, bantu siasatan kes anak perempuan didera

Seorang wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes penderaan anak perempuannya. -FOTO: NSTP

SUNGAI BESAR: Wanita yang disyaki mendera anak perempuannya di Kuala Selangor, direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali bermula hari ini sehingga 9 September.

Terdahulu, suspek berusia 32 tahun tiba di Mahkamah Majistret Sungai Besar, 8.40 pagi dengan memakai baju lokap dan bergari.

Perintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini