comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita dilaporkan hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan

FOTO: PDRM

TANJUNG MALIM: Seorang wanita dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, pada jam 1.56 pagi semalam.

Menurutnya, wanita itu dilaporkan hilang selepas tidak pergi ke tempat kerja seperti biasa.

“Wanita berkenaan ketinggian kira-kira 163 sentimeter (cm), berat badan 58 kilogram (kg), berbadan sederhana dan mempunyai tahi lalat di bawah mata kiri.

“Dia berpakaian korporat Muslimah warna biru, bertudung dan berseluar ‘slack’ hitam serta lokasi terakhir di Taman Universiti, Tanjung Malim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nur Farah dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-4596122 untuk membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini