comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita dikhuatiri lemas, terjatuh di Sungai Kedah

FOTO: JBPM

ALOR SETAR: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kedah di Jalan Pekan Cina, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.26 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Zulkifli Halim tiba di lokasi bersama lima anggota.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan seorang wanita dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan dan setakat ini belum ditemui.

“Dua bot aluminium dari BBP Jalan Raja dan BBP Alor Setar tiba di lokasi untuk melakukan pencarian mangsa.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pencarian di lokasi wanita itu dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini