comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita dera anak hingga maut dibebaskan dengan jaminan polis

ISKANDAR PUTERI: Wanita yang disyaki mendera anak lelakinya berusia empat tahun sehingga meninggal dunia dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata,  ​​​​​​​walaupun dibebaskan dengan jaminan polis, siasatan berhubung kes berkenaan masih diteruskan.

Menurutnya, reman terhadap wanita itu tamat hari ini dan polis masih meneruskan reman terhadap suspek lelaki yang juga bapa tiri mangsa bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, setakat ini polis masih belum ada apa-apa bukti terbaharu,”katanya.

Wanita berkenaan yang tidak bekerja direman dua hari mulai 28 hingga 30 April, sementara suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai 29 April hingga 5 Mei depan.

Buletin TV3 melaporkan, pasangan suami isteri itu ditahan polis di rumah mereka di Jalan Aman, Skudai kira-kira jam 1.30 tengah hari Jumaat lalu, kerana dipercayai  mendera anak lelaki mereka sehingga meninggal dunia.

Polis turut merampas beberapa barangan lain seperti penyangkut baju yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, belakang telinga, perut dan kaki meninggal dunia ketika tiba di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HAS) Johor Bahru sekitar jam 8.20 pagi pada hari sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak).

Jika disabit bersalah boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Loading...
Terkini