comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita daki bukit maut, terjatuh dalam lubang saluran air

Oleh: Selwam Arjunan

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita yang melakukan aktiviti pendakian bukit maut selepas terjatuh dalam lubang saluran air di Cherok Tok Kun, di sini, tengahari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan untuk membantu pihak polis di Stesen Gelombang Mikro Bukit Mertajam di Jalan Cherok Tok Kun pada jam 12.59 tengahari.

“Pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian bagi memberi bantuan kepada pihak PDRM.

“Anggota bomba memulakan kerja-kerja untuk mendapatkan mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam sebuah lubang saluran air sedalam 6 kaki semasa menjalankan aktiviti mendaki bukit.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dijalankan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Oh Ai Chin, 50 tahun dan mayat dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini