comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita cedera, kereta terjunam dari parkir

KUALA LUMPUR: Seorang wanita nyaris maut, apabila kereta Honda Accord dipandunya terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Menara TA One, Jalan P Ramlee hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGO KL) memaklumkan, dua jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Pudu dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 1.05 tengah hari.

@ohbulanofficial Replying to @⠀ Pemandu wanita berusia 28 tahun cedera parah apabila kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Menara TA One, KL tengah hari tadi. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sumber: BERNAMA #ohbulan #trendingnewsmalaysia #kereta #terjunam #dari #tingkat #satu #menarataone ♬ Suspense – Gold-Tiger

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat sebuah kereta terbalik dan bahagian bumbung kereta remuk.

“Dipercayai kereta berkenaan melanggar tembok penghalang parkir lalu terjatuh dari tingkat satu tempat letak kenderaan di bangunan itu,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa seorang wanita tempatan berusia 28 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lutut.

Mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan bagi menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Siasatan punca kejadian dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini