Tumpuan :
Nasional

Wanita cedera dalam kebakaran rumah

FOTO: Ihsan JBPM

Oleh Shaharil Kadir

TELUK INTAN: Seorang wanita cedera di bahagian kepala dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Indah Jaya, di sini, pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 10.25 pagi.

Sepasukan anggota bomba dari balai Teluk Intan dibantu balai Hutan Melintang digerakkan bagi memadamkan kebakaran.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat itu terbakar 30 peratus.

FOTO: Ihsan JBPM

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A, 2 tingkat terbakar di bahagian bilik di tingkat atas berkelusan 10×10 musnah terbakar 30 peratus,” katanya.

Ketika kejadian terdapat 3 penghuni berada rumah berkenaan.

Dua lelaki dewasa dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Manakala seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa yang terlibat. Seterusnya mangsa yang cedera dihantar ke hospital.“

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.32 pagi.

Loading...
Terkini